Isnin, 31 Mac 2014

Jom Outing bersama TarmiziShukri's Blog dan AI Media Network



      Semalam bertempat di Taman Botani Perdana, aku telah sempat menghadiri 1 event Jom Outing siri - 2 yang di anjurkan oleh saudara Tarmizi Shukri dan AI MEDIA NETWORK . Secara jujurnya ini adalah kali pertama aku menghadiri outing, so memang tak tahu apa yang akan di lakukan dalam outing ni.

      Sampai nya di sana ramai fotografer2 yang hadir, ada yang aku kenal ada yang aku tak kenal, tapi ini lah yang bestnya outing, kerana kita dapat berjumpa dengan fotografer2 baru ( dapat cedok ilmu sikit ). Fotografer2 yang hadir terdiri dari banyak peringkat kemahiran ada yang pro, mahir dan beginner ( mcm aku ni). Kami juga telah di berikan baju free ( yahoooo !! ) yang di taja oleh Amanz.my .

     Aktiviti kami di sana lebih kepada berkongsi2 ilmu dan bertukar2 pendapat dalam bidang fotografi ni, memang seronok bila dapat tangkap gambar secara beramai2 ( selalu tgkp gmbr sorg2 je ), kerana lebih meriah dan minda kita lebih terbuka, banyak ilmu baru yang kita akan dapat. Kecut perut bila tengok fotografer2 yang hadir kerana gadget mereka semuanya hebat2 jika nak di bandingkan dengan aku yang kerdil ni.

     Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan Jom Outing ni, dan jika ada lagi event macam ni di lain kali pasti aku tak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya, cukup lah bebelan aku ni, jom layan sedikit gambar2 yang sempat aku tangkap...

* budak baru belajar *















2 ulasan:

  1. Seorang lagi student yg rajin menembak! yeah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak lah rajin encik kimi, hanya sekadar ingin memahirkan diri yang sedia tak mahir ni, hehehe ( exposure pn out lagi ) ....

      Padam