Pada hujung minggu yang lepas ( 13/09/2014 ) aku telah berkesempatan menghadiri program jom outing siri 3 anjuran
TarmiziShukri.com dan mendapat kerjasama daripada
Aimedia.my. Program jom outing kali ini telah berlangsung di taman botani presint 1 putrajaya dan mendapat tajaan daripada perbadanan putrajaya.
Pada jom outing kali ini terdapat sedikit kelainan berbanding jom outing siri 2 yang lepas kerana kami di beri tempat yang selesa oleh perbadanan putrajaya untuk menjalankan program ini. Kami juga diberikan baju percuma dan sedikit cenderahati daripada pihak perbadanan putrajaya.
Sebelum program ini bermula kami telah di beri penerangan oleh Encik Zakaria selaku salah seorang yang bertanggungjawab dalam pengurusan taman ini mengenai serba sedikit info taman botani putrajaya ini. Taman botani putrajaya ini mempunyai 3 fasa dan buat masa sekarang ini hanya fasa 1 yang sudah di buka untuk orang awam, fasa 2 pula akan di buka dalam masa terdekat ini, manakala fasa 3 masih lagi dalam proses pembangunan.
Tujuan utama taman botani ini di wujudkan adalah untuk memelihara spesis - spesis pokok dari luar negara dan lebih - lebih lagi pokok dari dalam negara kita sendiri. Sebenarnya banyak pokok - pokok yang sinonim dengan masyarakat malaysia ini sebenarnya berasal dari luar negara, contohnya pokok asam jawa yang negara asalnya adalah afrika.
Menurut encik zakaria amat penting untuk kita memelihara pokok - pokok yang berasal dari negara kita ini, agar pokok itu terus menjadi " harta " kita di masa akan datang. Tahukah anda pokok bunga kemboja yang berasal dari negara kita sekarang ini sudah di tanam dan di buat kajian di perancis untuk menghasilkan minyak wangi. Malah banyak pokok yang di tanam di taman botani ini yang jika dewasa kelak mempunyai nilai jutaan ringgit. Untuk lebih info anda boleh pergi sendiri ke taman botani ini, dan jika anda ingin mengetahui aktiviti - aktiviti terbaru yang di anjurkan oleh perbadanan putrajaya boleh ke halaman facebook mereka di sini >>>>
perbadanan putrajaya
Berbalik pada program jom outing ini, jom outing kali ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Lebih 40 peserta yang hadir dalam program kali ini, memang meriah. Seperti sebelum ini, jom outing adalah program yang berunsurkan pertukaran ilmu dan pengalaman dalam mengambil gambar.
Walaupun jom outing kali ini diadakan di taman, aku tak banyak mengambil gambar bunga dan pokok seperti jom outing yang lepas. Ini kerana dari rumah lagi aku telah bertekad untuk belajar mengambil gambar " objek hidup ". Walaupun gambar - gambar yang aku ambil memang " ke laut " tapi bila berkumpul ramai - ramai begini memberi aku peluang untuk belajar dengan lebih lagi cara - cara dan setting - setting untuk mengambil " moment ".
Antara perkara yang aku belajar pada hari itu adalah elakkan mengambil gambar sekiranya matahari terik di atas kepala kerana bayang akan muncul di muka subjek dan wajah subjek akan kelihatan tidak natural.
Jaga adab jika mengambil gambar di tempat orang ramai ( ilmu dari encik zakaria sendiri, untuk pengetahuan semua beliau telah " bermain " kamera sejak tahun 1970 - an ).
Elakkan mengambil gambar outdoor pada waktu 11 pagi ke 5 petang ( kecuali latar belakang cantik ) kerana pada waktu ini background pada gambar akan kelihatan sedikit putih kerana cahaya yang terik.
hahaha tahniah.. banyak gile improment hang. erkk ngapa ada satu dua spott tu macam aku punye spot je. hahahaha.. hang follow spot aku ye? hehehe
BalasPadamanyway.. terbaek. tapi kalau boleh warna jangan kasik vivid.
Ad peningkatan ke bang ? Tq2
PadamSy sbnrnya x taw nk tulis ap. Just berkongsi ap yg dapat semalam
Tang gmbr lak. Ad la ikut skit2 spot n teknik abg hehe.. InsyaAllah akn di vivid kn skit nexttime bang ...
Terbaik. Keep it up.
BalasPadamTerima kasih... InsyaAllah akn di teruskan usaha utk mencantikkan lg gambar ...
PadamCantik2 gambar..
BalasPadamTakde la cantik. Sekadar utk mata memandang saja ... 😜
Padamyeayy... gambar hakak kuruih... hahaha... cantik2 gambar...
BalasPadamhehe, ad 1 gambar lagi nampak " turf " sikit kak hehe,
Padamwah banyak gambar.... template pon dah lain
BalasPadambanyak gambar yang hancus bang hehe
Padamerrrrr, template biasa2 je bang potia,
tak reti berblog hihi
huwaaa.. keluar gambar2 sedang belajar.. *sy budak baru belaja*
BalasPadamyg second last tu lg takleh blah.. dekat giler... :p
hahaha..