Saya masih lagi bayi di dalam arena menangkap gambar ini, segala tulisan dan info yang terdapat di dalam blog ini adalah 100% berdasarkan pengalaman saya sahaja. " Apa yang saya alami mungkin kalian tidak alami dan apa yang kalian lalui mungkin saya tidak lalui ". Jadi jika terdapat apa - apa info di dalam blog ini yang berlainan dengan apa yang kalian lalui atau kalian ketahui, abaikan saja info itu, manakala jika info di dalam blog ini bersamaan dengan apa yang kalian alami anggaplah ianya satu kebetulan. Jadikanlah blog ini hanya sebagai satu bahan bacaan, jangan kalian mudah percaya dan terikut - ikut :- NIZAM KATO SAN ART

Isnin, 31 Mac 2014

Jom Outing bersama TarmiziShukri's Blog dan AI Media Network



      Semalam bertempat di Taman Botani Perdana, aku telah sempat menghadiri 1 event Jom Outing siri - 2 yang di anjurkan oleh saudara Tarmizi Shukri dan AI MEDIA NETWORK . Secara jujurnya ini adalah kali pertama aku menghadiri outing, so memang tak tahu apa yang akan di lakukan dalam outing ni.

      Sampai nya di sana ramai fotografer2 yang hadir, ada yang aku kenal ada yang aku tak kenal, tapi ini lah yang bestnya outing, kerana kita dapat berjumpa dengan fotografer2 baru ( dapat cedok ilmu sikit ). Fotografer2 yang hadir terdiri dari banyak peringkat kemahiran ada yang pro, mahir dan beginner ( mcm aku ni). Kami juga telah di berikan baju free ( yahoooo !! ) yang di taja oleh Amanz.my .

     Aktiviti kami di sana lebih kepada berkongsi2 ilmu dan bertukar2 pendapat dalam bidang fotografi ni, memang seronok bila dapat tangkap gambar secara beramai2 ( selalu tgkp gmbr sorg2 je ), kerana lebih meriah dan minda kita lebih terbuka, banyak ilmu baru yang kita akan dapat. Kecut perut bila tengok fotografer2 yang hadir kerana gadget mereka semuanya hebat2 jika nak di bandingkan dengan aku yang kerdil ni.

     Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan Jom Outing ni, dan jika ada lagi event macam ni di lain kali pasti aku tak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya, cukup lah bebelan aku ni, jom layan sedikit gambar2 yang sempat aku tangkap...

* budak baru belajar *















Pesta Belon Panas Putrajaya



   Pada 27 - 29 march 2014 telah berlangsung pesta belon panas di putrajaya, sebenarnya pesta ni dah beberapa tahun berlangsung, tapi aku baru tahun ni nak pergi, ( ish3 ). Sepanjang berada di sana memang banyak belon2 panas yang di naikkan @ di lepaskan, termasuklah 1 belon panas yang menarik perhatian ku iaitu belon panas berbentuk kepala dark vadder, tapi malangnya aku sampai di sana agak lewat ( jam 7.45 pagi ), kesemua belon panas telah terbang, hanya dapat snap dari jauh je. Pengunjung juga dapat merasai peluang menaiki belon panas dengan bayaran Rm 20/ride ( bukan senang nak naik belon panas ). Di pesta ini memang banyak booth2 yang di buka dari booth aktivit hinggalah kepada booth makanan dan pakaian ( peluang berniaga ).

   Dari segi fotografi pula, cuaca pada hari itu agak baik tak mendung, cuma langit tidak berapa biru, jadi keseluruhan gambar belon panas yang aku ambil, berlatar belakangkan langit yang putih dan cerah ( kurang menarik ). Ramai foto2 grafer yang hadir di pesta ini, dari yang suka2 hingga lah kepada tahap pro. Bagi aku event ini bagus untuk orang yang macam aku, kerana dapat menangkap gambar dalam keadaan yang tricky, dapat meningkatkan kemahiran diri ( yang sememangnya tak mahir ). cukup setakat ini bebelan aku, jom layan sedikit gambar2 yang sempat aku tangkap... 

* maaf gambar tak lawa, budak baru belajar *

















Isnin, 10 Mac 2014

Taman Botani Perdana ...

     Pada hari ahad yang lepas aku telah pergi ke taman botani perdana untuk mengambil gambar,
saja jalan-jalan. Taman Botani Perdana ( dahulu di kenali taman tasik perdana ) sedang menjalani proses penambahbaikan, banyak kerja2 serta tempat2 yang menarik baru di wujudkan. Kali terakhir aku pergi taman ni tak silap masa aku masih kecil lagi, ibu ayah aku yang bawak, sekarang bila dah besar ni pergi aku tak cam dah taman ni. Di sebabkan aku pergi pada waktu pagi, maka ramailah pengunjung yang datang beriadah seperti berjogging, meluangkan masa bersama keluarga dan tak kurang juga ada 1 2 kumpulan yang mengambil gambar, ada yang ambil gambar wedding, outing secara berkumpulan pun ada. Tempat ini pada aku memang sesuai untuk ibu bapa membawa anak mereka berjalan2 dan untuk fotografer2 menangkap gambar, jom layan sedikit sebanyak gambar yang sempat aku tangkap .... ^_^