Saya masih lagi bayi di dalam arena menangkap gambar ini, segala tulisan dan info yang terdapat di dalam blog ini adalah 100% berdasarkan pengalaman saya sahaja. " Apa yang saya alami mungkin kalian tidak alami dan apa yang kalian lalui mungkin saya tidak lalui ". Jadi jika terdapat apa - apa info di dalam blog ini yang berlainan dengan apa yang kalian lalui atau kalian ketahui, abaikan saja info itu, manakala jika info di dalam blog ini bersamaan dengan apa yang kalian alami anggaplah ianya satu kebetulan. Jadikanlah blog ini hanya sebagai satu bahan bacaan, jangan kalian mudah percaya dan terikut - ikut :- NIZAM KATO SAN ART

Ahad, 14 September 2014

Jom Outing Siri 3



     Pada hujung minggu yang lepas ( 13/09/2014 ) aku telah berkesempatan menghadiri program jom outing siri 3 anjuran TarmiziShukri.com dan mendapat kerjasama daripada Aimedia.my. Program jom outing kali ini telah berlangsung di taman botani presint 1 putrajaya dan mendapat tajaan daripada perbadanan putrajaya.

     Pada jom outing kali ini terdapat sedikit kelainan berbanding jom outing siri 2 yang lepas kerana kami di beri tempat yang selesa oleh perbadanan putrajaya untuk menjalankan program ini. Kami juga diberikan baju percuma dan sedikit cenderahati daripada pihak perbadanan putrajaya.

    Sebelum program ini bermula kami telah di beri penerangan oleh Encik Zakaria selaku salah seorang yang bertanggungjawab dalam pengurusan taman ini mengenai serba sedikit info taman botani putrajaya ini. Taman botani putrajaya ini mempunyai 3 fasa dan buat masa sekarang ini hanya fasa 1 yang sudah di buka untuk orang awam, fasa 2 pula akan di buka dalam masa terdekat ini, manakala fasa 3 masih lagi dalam proses pembangunan.

     Tujuan utama taman botani ini di wujudkan adalah untuk memelihara spesis - spesis pokok dari luar negara dan lebih - lebih lagi pokok dari dalam negara kita sendiri. Sebenarnya banyak pokok - pokok yang sinonim dengan masyarakat malaysia ini sebenarnya berasal dari luar negara, contohnya pokok asam jawa yang negara asalnya adalah afrika.

     Menurut encik zakaria amat penting untuk kita memelihara pokok - pokok yang berasal dari negara kita ini, agar pokok itu terus menjadi " harta " kita di masa akan datang. Tahukah anda pokok bunga kemboja yang berasal dari negara kita sekarang ini sudah di tanam dan di buat kajian di perancis untuk menghasilkan minyak wangi. Malah banyak pokok yang di tanam di taman botani ini yang jika dewasa kelak mempunyai nilai jutaan ringgit. Untuk lebih info anda boleh pergi sendiri ke taman botani ini, dan jika anda ingin mengetahui aktiviti - aktiviti terbaru yang di anjurkan oleh perbadanan putrajaya boleh ke halaman facebook mereka di sini >>>> perbadanan putrajaya

     Berbalik pada program jom outing ini, jom outing kali ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Lebih 40 peserta yang hadir dalam program kali ini, memang meriah. Seperti sebelum ini, jom outing adalah program yang berunsurkan pertukaran ilmu dan pengalaman dalam mengambil gambar.

     Walaupun jom outing kali ini diadakan di taman, aku tak banyak mengambil gambar bunga dan pokok seperti jom outing yang lepas. Ini kerana dari rumah lagi aku telah bertekad untuk belajar mengambil gambar " objek hidup ". Walaupun gambar - gambar yang aku ambil memang " ke laut " tapi bila berkumpul ramai - ramai begini memberi aku peluang untuk belajar dengan lebih lagi cara - cara dan setting - setting untuk mengambil " moment ".

     Antara perkara yang aku belajar pada hari itu adalah elakkan mengambil gambar sekiranya matahari terik di atas kepala kerana bayang akan muncul di muka subjek dan wajah subjek akan kelihatan tidak natural.

     Jaga adab jika mengambil gambar di tempat orang ramai ( ilmu dari encik zakaria sendiri, untuk pengetahuan semua beliau telah " bermain " kamera sejak tahun 1970 - an ).

     Elakkan mengambil gambar outdoor pada waktu 11 pagi ke 5 petang ( kecuali latar belakang cantik ) kerana pada waktu ini background pada gambar akan kelihatan sedikit putih kerana cahaya yang terik.

     Sebelum mengambil gambar kita perlu fikirkan dahulu apakah cerita yang ingin kita tonjolkan atau kita sampaikan melalui gambar kita ( ilmu dari abang azman ismail ).

     Sememangnya program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara fotografer dan kita akan dapat ilmu yang baru for sure ( pada pengamatan aku ). Aku menyarankan agar fotografer di luar sana ( lebih - lebih lagi yang beginner macam aku ) agar mengambil bahagian jika ada lagi program jom outing seperti ini, Kita susah nak bertambah ilmu jika hanya mengambil gambar seorang diri.

     Akhir kata dari aku, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih pada cikgu Tarmizi Shukri, krew Aimedia.my dan perbadanan putrajaya lebih - lebih pada encik zakaria di atas penganjuran program jom outing ini dan ilmu yang di kongsikan. Pada para peserta yang lain, aku mohon maaf jika aku ada tersalah di mana - mana. Amatilah sedikit gambar dari aku yang tidak seberapa ini, Terima kasih.

* budak baru belajar *


taklimat ringkas dari Encik Zakaria

sesi jom outing bermula




serius sangat tu kimi 

fokus mendengar taklimat di sampaikan
sesi asas fotografi




cikgu memberikan ilmu 

Encik Zakaria berkongsi pengalaman dan ilmunya

khusyuk mendengar perkongsian ilmu dari Encik Zakaria

mini sesi dalam teknik melihat oleh abang man



abang man menembak 

sesi perkongsian ilmu asas fotografi dari abang azman



sesi video oleh krew Aimedia ( abang azwan )

alamak subjek menangis !!!

sedikit gambar bunga 

sesi praktikal dari cikgu tarmizi 

sesi praktikal dari abang potia casadelarossa

kakak dik bee menembak ...

sifu macro ...






ucapan sesi penutup dari cikgu tarmizi





   
   

Ahad, 7 September 2014

Elite Speedway Track Day ( 6/9/2014 )




     Sekali lagi bertempat di trek subang elite speedway, semalam aku telah pergi mengambil gambar " open trek ". Sepengetahuan aku trek ni memang open sepanjang masa untuk kegunaan awam. Cuma kita perlu pergi ke sana dan berurusan dengan pihak bertugas dan dah boleh masuk trek.

     Mengikut info yang aku dapat acara akan bermula pada jam 10.00 pagi, tapi aku sampai sana sharp jam 10.00 masih takde orang, yang ada mekanik2 go-kart. Bila aku menjengah ke dalam rupanya ada seorang rider dah sampai, aku ingat tak jadi " acara " open track semalam rupanya rider - rider sampai lambat.

     Lebih kurang 20 rider telah mengambil bahagian dalam acara semalam. Terdiri daripada pelbagai jenis dan kapisiti motor. Dari superbike ke supermoto dan ke streetbike ( minigp pun ada semalam ).
Di sebabkan tak ramai yang mengambil bahagian maka dapatlah rider2 ni mensesah bakat tu dengan lebih mendalam ( kalau ramai sangat takut terganggu ).

Fotografi

     Aku pergi ke sana dengan berbekalkan 1 bodi dan 1 lens dan  macam biasa untuk menambah ilmu dan pengalaman dalam mengambil gambar sukan motor. Aku bernasib baik kerana ada 2 orang sifu photographer yang turut shoot semalam, jadi aku pun ikutlah dorang mengambil gambar, sambil - sambil tengok cara dan port yang dorang gunakan untuk ambil gambar motor di trek ini.

     Aku akui memang susah betul nak ambil gambar motor ni, mereka laju, aku dah gunakan mode "burst" pun masih terlepas moment - moment yang aku nak. Bila dapat moment tu plak gambar "blur" dan tak sharp. Aku sedikit kecewa dengan hasil tangkapan aku semalam, rasa macam takde improvement.

     Tapi aku faham bukan mudah nak dapat gambar yang cantik dan lawa, aku pun baru 7/8 bulan pegang camera, takkan terus nak gambar lawa macam sifu - sifu kan. Apapun aku takkan putus asa dan akan cuba memperbaiki lagi skill mengambil gambar. Sekian dari aku, aku lampirkan sedikit gambar - gambar yang sempat aku tangkap semalam, Gambar2 ni agak blur tapi boleh lah untuk di tengok ( yang lain - lain tu blurnya lagi teruk ).

Jika ada kritikan/nasihat atau pendapat boleh tinggalkan di ruangan komen, Terima Kasih

* budak baru belajar *

rider pertama sampai n masuk trek





















dua orang sifu, aku ni shoot main2 je hehe

berbincang mengenai line yg tepat agaknya 

smile !! smile !!


waaa chaaaa !!!



rider down !! rider down 



skuter pun boleh leper laaaa, ingat tak boleh ke !!









sifu - sifu bukit tinggi 



















peace yoo !!!


up skit !!!

tengok lens pun dah gerun ....

go - kart pun ada jugak 

uik awek cun laa !!!