Saya masih lagi bayi di dalam arena menangkap gambar ini, segala tulisan dan info yang terdapat di dalam blog ini adalah 100% berdasarkan pengalaman saya sahaja. " Apa yang saya alami mungkin kalian tidak alami dan apa yang kalian lalui mungkin saya tidak lalui ". Jadi jika terdapat apa - apa info di dalam blog ini yang berlainan dengan apa yang kalian lalui atau kalian ketahui, abaikan saja info itu, manakala jika info di dalam blog ini bersamaan dengan apa yang kalian alami anggaplah ianya satu kebetulan. Jadikanlah blog ini hanya sebagai satu bahan bacaan, jangan kalian mudah percaya dan terikut - ikut :- NIZAM KATO SAN ART

Isnin, 27 Oktober 2014

Malaysian MotoGp ( demo run + booth )

     
     Setiap tahun, Malaysia atau lebih tepat lagi Sepang International Circuit akan menganjurkan perlumbaan MotoGp. Maka pada tarikh 24 - 26 Oktober yang lalu telah berlangsungnya perlumbaan motogp di Malaysia, pada tahun ini pengeluar minyak Shell telah menjadi penaja utama. 

* aku kecewa sikit sebab pelumba idola aku dani pedrosa tak dapat naik podium - jatuh 2 KALI *
    
     Seperti tahun - tahun sebelum ini, pelbagai acara telah di adakan sempena perlumbaan motogp di Malaysia, seperti Sic Zoomers, motogp demo run dan sebagainya. Walaupun aku tidak berkesempatan untuk menonton perlumbaan motogp secara "Live" di Sepang, tetapi aku telah pergi menyaksikan acara motogp demo run dan mengunjungi booth atau khemah - khemah barangan yang dibuka di litar sepang.
     
     Motogp demo run telah di adakan pada 22 Oktober di presint 1 putrajaya ( di putra square yang bersebelahan masjid putra ). Sebenarnya demo run ni lebih kepada pelumba motogp menunggang motor dorang mengelilingi sekitar jalan raya ( untuk kali ni sekitar putra square ). Pelumba yang hadir pada acara ini adalah penunggang dari pasukan Drive M7 Aspar yang juga bekas juara motogp 2006 nicky hayden a.k.a the kentucky kids dan beberapa pelumba tempatan iaitu zulfahmi khairudin, hafiz syahrin, azlan shah, afiq azmi, ramdan rosli, dan hafiza rofa.

      Manakala pada hari sabtu yang lepas ( 25 Oktober ) aku telah ke litar sepang, bukan untuk tengok ujian masa tapi untuk ke khemah - khemah barangan di sana. Memang banyak khemah dari pelbagai jenama dapat aku lihat, dari pakaian sehinggalah kepada peralatan motorsikal. Aku juga ada melihat zizan rajalawak di khemah Ktm Malaysia, tapi tak sempat nk bergambar.

     Cukuplah bebelan aku ini, jom kita layan sedikit sebanyak gambar yang sempat aku tangkap.

* budak baru belajar *

tempat pendaftaran dan sesi soal jawab

antara jurugambar motogp yang bertugas

tersergam indah 

jurugambar ni dari catalunya, panas katanya .... 


jurugambar di atas motor pun ada 

antara media - media yang hadir

nicky hayden 

25 ( azlan shah ) 63 ( zulfahmi khairudin )



para pelumba bersama penaja ( bos ) dan ketua pegawai eksekutif litar sepang Datuk Ahmad Razlan Razali


pengunjung mula datang 

tempat jualan barangan Sic

Tambah kapsyen



keeway yang cuba memasuki pasaran malaysia

sebahagian penonton di turn 1


Pro Only !!!


sesuai juga untuk kanak - kanak


one of my idol in racing - Dani Pedrosa


niat nak beli sehelai dua tapi lari bajet.... sedih

teka model ap ??? 

Yoshi ... bunyi yang mengegarkan jantung


barisan untuk sesi autograph 

W T F !!! 

jumpa lagi !!! 

   











Rabu, 8 Oktober 2014

Track Day Elite @ raya ke-2 ( 6/10/2014 )


     Aku harap belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua,sempena hari raya korban ini, marilah kita semua korkankan sikap dan perkara yang negatif yang ada dalam diri kita supaya menjadi lebih baik. Amin

     Di sebabkan pada hari raya korban kali ini aku tidak pulang ke kampung, maka pada hari raya kedua aku telah berkesempatan untuk menangkap gambar trackday seperti biasa di Elite Speedway di subang jaya. Kali ini hanya geng - geng 250 ke bawah sahaja yang ada                       ( superbikers balik kampung kot ). Rider - rider yang hadir adalah kenalan - kenalan daripada awana riders, mereka memang tahap - tahap sifu dan terer bermain corner, cukup seronok melihat mereka " meleper " di track ini.


awana n bukit tinggi rider

awana n bukit tinggi riders

      Sebenarnya pada hari itu aku tidak berapa sihat kerana demam, tapi aku gagahkan juga kerana bukan senang nak amik gambar geng - geng awana ni bersama - sama di dalam track. Alhamdulillah kesihatan ku tidak bertambah buruk selepas pulang ke rumah.

     Dari segi fotografi pula, aku masih menggunakan 1 bodi dan 2 lens ( kit lens dan 55 - 300 ). Aku agak berpuas hati sebenarnya dengan hasil gambar kali ini. Mungkin kerana tidak ramai orang dan nyamuk ( kenangan lalu ), jadi aku dapat fokus dengan lebih baik untuk mengambil gambar pada kalli ini.

     Cukuplah bebelan aku ni, jom kita layan sedikit sebanyak gambar yang sempat aku snap !!!, jika ada kekurangan dan teguran bolehlah tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih

* budak baru belajar *

waktu ketibaan

rider - rider mula masuk ke dalam litar

warm - up lap 




bike on road + helmet off road = apa de hal

sifu is 




















sembang - sembang di atas trek 










marquez malaysia ???











sedikit sesi " mini race "

di grid permulaan 




bermula !!!


pecutan di laluan lurus ...



chequered flag di kibarkan ...

pelumba melambai lambaian peminat 

pecutan si go - kart

layan go - kart sikit