Saya masih lagi bayi di dalam arena menangkap gambar ini, segala tulisan dan info yang terdapat di dalam blog ini adalah 100% berdasarkan pengalaman saya sahaja. " Apa yang saya alami mungkin kalian tidak alami dan apa yang kalian lalui mungkin saya tidak lalui ". Jadi jika terdapat apa - apa info di dalam blog ini yang berlainan dengan apa yang kalian lalui atau kalian ketahui, abaikan saja info itu, manakala jika info di dalam blog ini bersamaan dengan apa yang kalian alami anggaplah ianya satu kebetulan. Jadikanlah blog ini hanya sebagai satu bahan bacaan, jangan kalian mudah percaya dan terikut - ikut :- NIZAM KATO SAN ART

Isnin, 18 Ogos 2014

KBS - MAM KAPCAI ENDURANCE 2014 & KTM DUKE 390 BATTLE




     Pada hujung minggu yang lepas ( 17/08/2014 ), bertempat di litar Elite Speedway Circuit berlangsungnya kejohanan kapcai endurance 2014 anjuran kementerian belia dan sukan ( kbs ) berserta ktm duke 390 battle. Acara  ini sebenarnya berlangsung selama 2 hari iaitu sabtu dan ahad, tetapi disebabkan pada hari sabtu hujan turun dengan agak lebat, jadi aku hanya pergi pada hari ahad sahaja. Di sebabkan aku sampai agak lewat, maka perlumbaan ktm 390 battle race pertama dah habis dan perlumbaan endurance sedang berlangsung.

     Ktm duke 390 battle mempunyai 3 acara, 2 acara ( media ) dan 1 acara ( public ). Manakala perlumbaan endurance pula berlangsung selama lebih kurang 2 jam, memang perlumbaan endurance amat menguji ketahanan jentera tunggangan juga ketahanan mental dan fizikal si pelumba. 

     Dari sudut fotografi pula, seperti biasa aku membawa kelengkapan 1 bodi dan 2 lens. Oleh kerana perlumbaan kali ini agak " membosankan ", maka aku terfikir baik aku cuba mempraktikan/memperbaiki teknik " panning ". Sememangnya teknik panning agak susah untuk di kuasai, lebih - lebih lagi jika kita masih baru dalam bidang fotografi ( macam aku ni ). Kita perlu mencari kesesuaian antara shutter speed dan kelajuan subjek, jika shutter speed terlalu perlahan gambar kita akan kabur, kene " try and error ".  

     Melalui pembelajaran aku pada hari itu, teknik panning ni memerlukan shutter speed yang tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu perlahan. Dan tangan kita perlu " mengikuti " subjek untuk mendapatkan " motion blur ", jika tangan kita sedikit saja bergegar memang gambar kita akan sedikit kabur. Memang aku akui, susah betul untuk mengambil gambar " action " dalam bentuk panning, kerana subjek bergerak laju tapi dalam masa yang sama kita nak buat motion blur.

      Cukuplah setakat ini bebelan aku, di sini aku lampirkan sedikit gambar yang sempat aku tangkap hasil pembelajaran aku pada hari itu, komen atau teguran amat - amat di perlukan dan di hargai, Terima Kasih. >>>> NIZAM KATO SAN ART @ BUDAK BARU BELAJAR 


sampai je nampak ada yang corner 

sesi seret lutut






eksiden mesti ada ...

Panning Start ...


cuba fokus pada no. 46 

teknik tunggangan yang hebat

pecutan ...

membelah angin




brake into corner

1987 ???



Ktm Duke 390 

ready to race ...




pecutan di lurusan...


tengok timing board ...

penaja ....









no.11


senjata tersadai ...


6 ulasan:

  1. Balasan
    1. model2 naked ktm yang di bawak masuk skrg mmg cun2, 390 ni pn semalam dh best dah tuk main kat elite ni

      Padam
  2. Balasan
    1. saya pun dah lama tak tengok bang, kat selangor ni kalau cub prix kat stadium shah alam la aritu last tengok ... hehehe

      Padam
  3. Perrrrghhhhh panning skill da makin hebattt niehh. Syabas2 :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde la hebat, sekadar buat apa yang mampu je .. :P

      Padam