Saya masih lagi bayi di dalam arena menangkap gambar ini, segala tulisan dan info yang terdapat di dalam blog ini adalah 100% berdasarkan pengalaman saya sahaja. " Apa yang saya alami mungkin kalian tidak alami dan apa yang kalian lalui mungkin saya tidak lalui ". Jadi jika terdapat apa - apa info di dalam blog ini yang berlainan dengan apa yang kalian lalui atau kalian ketahui, abaikan saja info itu, manakala jika info di dalam blog ini bersamaan dengan apa yang kalian alami anggaplah ianya satu kebetulan. Jadikanlah blog ini hanya sebagai satu bahan bacaan, jangan kalian mudah percaya dan terikut - ikut :- NIZAM KATO SAN ART

Selasa, 26 Ogos 2014

Mini Moto Challenge




     Aku memang suka sukan permotoran, lebih - lebih lagi lumba motor. Mungkin kerana ayah ku juga seorang yang sukakan motor maka kami anak - anaknya juga turut sukakan sukan lumba motor. Tak kira lumba motor apa, tapi yang paling aku suka, supermotorad, superbike dan of course MotoGp.

     Maka bertempat di litar Elite Speedway di subang pada hujung minggu yang lepas ( 24/8/14 ) aku telah menghadiri acara perlumbaan yang baru di perkenalkan iaitu Mini Moto Challenge.

     Acara ini lebih mengenegahkan motor - motor yang lebih "kiut" berbanding acara - acara lumba motor yang lain. Tetapi untuk menambahkan kemeriahan, acara ini turut di selitkan perlumbaan supermoto dan ckd sm ( motor supermoto yang di pasang di malaysia ).

     Seperti acara - acara lumba motor yang lain, acara ini berlangsung selama 2 hari iaitu sabtu dan ahad, sabtu untuk ujian kelayakan dan ahad untuk perlumbaan. Tetapi kerana cuaca yang tidak mengizinkan, aku hanya mampu pergi pada pagi ahad di sebelah paginya sahaja kerana pada sebelah petangnya  hujan turun.

     Mengikut perancangan, aku akan menghadiri acara ini dengan beberapa rakan blogger, untuk kami sama - sama mengambil gambar. Tetapi kerana tiada rezeki agaknya, aku tak berkesempatan untuk mengambil ( sambil - sambil mencedok ilmu ) bersama mereka.

     Mereka - mereka yang aku maksudkan adalah abang azman ishakabang azman ismailabang potia casadelarossa dan dik bee. Mereka ini adalah blogger - blogger yang serius berblog, tak macam aku, hanya berblog secara suka - suka sahaja ( sebab tu tak banyak entry ).

     Berkenaan dengan fotografi pula, nasib ku pada hari itu agak tidak baik, kerana sesampainya aku di sana aku tidak sedap badan ( sakit perut daa ). Jadi aku tidak dapat mengambil gambar dengan senang hati, nak balik dah alang - alang sampai. Maka aku pun ambil ajelah gambar sekadar yang aku mampu. Peralatan yang aku gunakan seperti biasa 1 bodi dan 2 lens.

     Sekian bebelan dari aku, di sini aku lampirkan sedikit hasil2 tangkapan aku pada hari berkenaan, jika ada sebarang nasihat @  kritikan silalah komen di bawah. Sekian TQ ... ^_^



Mini Moto Challenge 

ini lah dia mini gp 


dari segi gaya dan cara tunggangan mmg tidak tumpah macam gp bike



sesi bergambar sebelum permulaan perlumbaan

encik meow tengok race ( tetamu tak di undang )

masing - masing mencari line yang terbaik utk memasuki selekoh

laju plak mamat sebelah aku ni !!

sudut miringan yang hebat 

timur ...... dan barat ....... 

fokus sangat penting semasa berlumba 


marquez stail ???? 



antara penonton yang hadir


jenis motor tak penting, skill dan kebolehan itu lebih utama

senyum sikit bang hehe



accident : asam garam perlumbaan


mencuba "panning" 

board penaja

penghadang tayar 

perlumbaan supermoto

antara photographer yang bertugas ...



slide a.k.a drift cara motor


sang juara ...






3 ulasan:

  1. Boleh bayangkan motor yang dipandu adalah laju.

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk motor ckd dan mini moto tak laju sgt bang, tp utk supermoto tu mmg laju sbb cc nya besar kan ...

      Padam
  2. Saya interframe dalam gambar yang ke-11 dan 13 hihihihi
    *Baju Hitam Alpinestar*

    BalasPadam