Saya masih lagi bayi di dalam arena menangkap gambar ini, segala tulisan dan info yang terdapat di dalam blog ini adalah 100% berdasarkan pengalaman saya sahaja. " Apa yang saya alami mungkin kalian tidak alami dan apa yang kalian lalui mungkin saya tidak lalui ". Jadi jika terdapat apa - apa info di dalam blog ini yang berlainan dengan apa yang kalian lalui atau kalian ketahui, abaikan saja info itu, manakala jika info di dalam blog ini bersamaan dengan apa yang kalian alami anggaplah ianya satu kebetulan. Jadikanlah blog ini hanya sebagai satu bahan bacaan, jangan kalian mudah percaya dan terikut - ikut :- NIZAM KATO SAN ART

Selasa, 2 September 2014

Hari Kemerdekaan Yang Ke - 57 ( Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta )






     Pada tanggal 31 Ogos yang lalu sekali lagi kita semua rakyat Malaysia berbangga menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke - 57. Walaupun aku baru berusia 20-an tetapi aku tetap berbangga menjadi rakyat Malaysia, kerana tiada negara seperti Malaysia yang mempunyai berbilang kaum yang hidup harmoni aman damai.

     Dengan Tema pada tahun ini " Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta " ( bait lirik lagu warisan nyayian Allahyarham sudirman ), acara sambutan kemerdekaan kali ini di sambut dengan begitu meriah sekali. Begitu ramai pengunjung yang hadir ( anggaran 400,000 berdasarkan suratkhabar ) tidak kira bangsa dan agama yang sanggup bersesak - sesak untuk menyaksikan acara ini secara " LIVE ".  Di samping itu dapat juga ku lihat pelancong - pelancong dari luar negara turut hadir menyaksikan acara sambutan kemerdekaan ini.

     Sememangnya suasana sambutan amat berlainan berbanding jika kita tengok di dalam kaca televisyen sahaja, bila lagu negara ku, bacaan ikrar dan lagu2 patriotik di nyanyikan perasaan yang dirasai memang semacam. Acara di serikan dengan perarakan perbarisan dari pelbagai jabatan dan institusi. Paling aku kagum bila melihat secara " live " aset2 polis dan tentera yang tak pernah aku lihat sebelum ini.


FOTOGRAFI

     Dari sudut fotografi pula, ini adalah kali pertama aku cuba menangkap gambar di dalam acara besar seperti ini. Sememangnya agak mencabar kerana dengan bilangan pengunjung yang hadir aku terpaksa bersesak - sesak utk ke " depan "untuk mencari " port " bagi mengambil gambar. Selamat hari tu aku mengikuti abang azman ismail dan abang azman ishak, mereka sudah ada pengalaman mengambil gambar dalam acara2 seperti ini.

   
     Memang sukar untuk mengambil gambar dalam acara seperti ini, exposure, komposisi dan moment yang kita nak ambil mesti sudah set dalam " mind ", kalau tak memang terkial - kial macam aku. Untuk kali ini gambar yang aku ambil memang " ke laut ", tapi tak mengapalah kata orang belajar dari kesilapankan. InsyaAllah ada rezeki tahun depan aku akan datang lagi dan " menebus " kesilapan pada tahun ini.

     Itu sajalah yang dapat aku bebelkan sempena hari kemerdekaan kita yang ke - 57, doa ku agar negara kita Malaysia akan terus maju, aman damai dan kekal sejahtera seperti mana yang di inginkan oleh pejuang2 kita yang telah pergi. MERDEKA !! MERDEKA !! MERDEKA !!



antara pelapis2 pejuang di masa akan datang,
makcik blkg : " eh ad org amik gmbr aku "

antara anggota yang bertugas

riang ria budak ni 

abang - abang photojournalism 


perbarisan bermula

PLKN 


DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA









" eh ada abg amik gmbr kite la, sy senyum ni bang " 










antara pengunjung yang menyaksikan perbarisan



klu kne fuhhhh 

antara aset tentera darat malaysia





kibaran jalur gemilang

lautan manusia 


2 ulasan:

  1. dalam ramai-ramai yg tengok tu, ko duk depan sekali?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup kimi. Abg azman berdua ke depan. Ak follow je. Mmg perbarisan lalu sebelah je.

      Padam