Saya masih lagi bayi di dalam arena menangkap gambar ini, segala tulisan dan info yang terdapat di dalam blog ini adalah 100% berdasarkan pengalaman saya sahaja. " Apa yang saya alami mungkin kalian tidak alami dan apa yang kalian lalui mungkin saya tidak lalui ". Jadi jika terdapat apa - apa info di dalam blog ini yang berlainan dengan apa yang kalian lalui atau kalian ketahui, abaikan saja info itu, manakala jika info di dalam blog ini bersamaan dengan apa yang kalian alami anggaplah ianya satu kebetulan. Jadikanlah blog ini hanya sebagai satu bahan bacaan, jangan kalian mudah percaya dan terikut - ikut :- NIZAM KATO SAN ART

Ahad, 7 September 2014

Elite Speedway Track Day ( 6/9/2014 )




     Sekali lagi bertempat di trek subang elite speedway, semalam aku telah pergi mengambil gambar " open trek ". Sepengetahuan aku trek ni memang open sepanjang masa untuk kegunaan awam. Cuma kita perlu pergi ke sana dan berurusan dengan pihak bertugas dan dah boleh masuk trek.

     Mengikut info yang aku dapat acara akan bermula pada jam 10.00 pagi, tapi aku sampai sana sharp jam 10.00 masih takde orang, yang ada mekanik2 go-kart. Bila aku menjengah ke dalam rupanya ada seorang rider dah sampai, aku ingat tak jadi " acara " open track semalam rupanya rider - rider sampai lambat.

     Lebih kurang 20 rider telah mengambil bahagian dalam acara semalam. Terdiri daripada pelbagai jenis dan kapisiti motor. Dari superbike ke supermoto dan ke streetbike ( minigp pun ada semalam ).
Di sebabkan tak ramai yang mengambil bahagian maka dapatlah rider2 ni mensesah bakat tu dengan lebih mendalam ( kalau ramai sangat takut terganggu ).

Fotografi

     Aku pergi ke sana dengan berbekalkan 1 bodi dan 1 lens dan  macam biasa untuk menambah ilmu dan pengalaman dalam mengambil gambar sukan motor. Aku bernasib baik kerana ada 2 orang sifu photographer yang turut shoot semalam, jadi aku pun ikutlah dorang mengambil gambar, sambil - sambil tengok cara dan port yang dorang gunakan untuk ambil gambar motor di trek ini.

     Aku akui memang susah betul nak ambil gambar motor ni, mereka laju, aku dah gunakan mode "burst" pun masih terlepas moment - moment yang aku nak. Bila dapat moment tu plak gambar "blur" dan tak sharp. Aku sedikit kecewa dengan hasil tangkapan aku semalam, rasa macam takde improvement.

     Tapi aku faham bukan mudah nak dapat gambar yang cantik dan lawa, aku pun baru 7/8 bulan pegang camera, takkan terus nak gambar lawa macam sifu - sifu kan. Apapun aku takkan putus asa dan akan cuba memperbaiki lagi skill mengambil gambar. Sekian dari aku, aku lampirkan sedikit gambar - gambar yang sempat aku tangkap semalam, Gambar2 ni agak blur tapi boleh lah untuk di tengok ( yang lain - lain tu blurnya lagi teruk ).

Jika ada kritikan/nasihat atau pendapat boleh tinggalkan di ruangan komen, Terima Kasih

* budak baru belajar *

rider pertama sampai n masuk trek





















dua orang sifu, aku ni shoot main2 je hehe

berbincang mengenai line yg tepat agaknya 

smile !! smile !!


waaa chaaaa !!!



rider down !! rider down 



skuter pun boleh leper laaaa, ingat tak boleh ke !!









sifu - sifu bukit tinggi 



















peace yoo !!!


up skit !!!

tengok lens pun dah gerun ....

go - kart pun ada jugak 

uik awek cun laa !!!


   

   

2 ulasan:

  1. Takde improvement ko kata? Sekeh nak? Jeles aku tau!

    Gmbr yg takde watermark tu smart. Leh cilok! hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ad peningkatan ke kimi. Ak tgk sama jek. Hehe. Klu ad alhamdulillah. Nnti ko free ko plak shoot. Lg perghhh hasilnya ...
      1 gmbr 50 sen haha ...

      Padam