Saya masih lagi bayi di dalam arena menangkap gambar ini, segala tulisan dan info yang terdapat di dalam blog ini adalah 100% berdasarkan pengalaman saya sahaja. " Apa yang saya alami mungkin kalian tidak alami dan apa yang kalian lalui mungkin saya tidak lalui ". Jadi jika terdapat apa - apa info di dalam blog ini yang berlainan dengan apa yang kalian lalui atau kalian ketahui, abaikan saja info itu, manakala jika info di dalam blog ini bersamaan dengan apa yang kalian alami anggaplah ianya satu kebetulan. Jadikanlah blog ini hanya sebagai satu bahan bacaan, jangan kalian mudah percaya dan terikut - ikut :- NIZAM KATO SAN ART

Khamis, 4 September 2014

Raw ( NEF ) nikon dengan Lightroom 5.3


      Sebenarnya ini hanyalah sekadar perkongsian pengalaman aku sendiri, perkara ini mungkin tak terjadi pada orang lain. Jadi jika apa yang aku nak sampaikan ini berlainan dengan apa yang korang alami, jangan mara aaaa ...

     Sebetulnya aku jarang shoot dalam " mode " Raw bila mengambil gambar, kerana aku ni pun masih baru dalam bidang fotografi. Jadi belum pandai edit2 gambar ni, takat sikit2 tu boleh la. Maka aku selalu shoot dalam mode jpeg.

     Bagi mereka yang belum tahu perbezaan format Raw dan Jpeg, bolehlah ke link ini Raw dan Jpeg
kerana kalau aku terangkan nanti takut salah pulak infonya. Cuma yang aku boleh katakan format raw adalah sesuatu gambar tu masih di dalam keadaan " mentah ", maksudnya kita boleh olah/edit gambar tu mengikut kesusaian kita tanpa mengganggu setting yang lain. Manakala jpeg pula adalah gambar yang telah di proses " sedikit " oleh camera kita mengikut setting yang telah kita buat di dalam camera kita itu.

     Kita sebenarnya masih boleh edit gambar jpeg, cuma bila kita meng"tweak" sesuatu setting, setting lain akan turut ikut berubah. Senang kata kalau takat nak edit sikit2 better pakai format jpeg dan kalau kita nak edit habis - habisan, gunalah format Raw.

    Ok berbalik pada masalah aku tadi, bila aku membuka gambar berformat Raw di dalam lightroom aku dapati hasil gambar yang aku ambil tidak sama dengan yang aku lihat semasa di dalam camera ataupun ketika aku "view" melalui gallery di dalam window. Contoh boleh lihat di bawah.



     Seperti yang boleh di lihat gambar di sebelah kiri lebih terang ( view gallery ) berbanding gambar di sebelah kanan ( view lightroom ). Bila aku google masalah ini, terdapat 1 teori yang boleh aku gunakan sebagai jawapan. Jawapannya adalah format raw sesuatu gambar ( nikon ye ) hanya boleh di buka dengan software nikon ( ViewNx ) untuk kita mendapatkan hasil yang sama seperti kita lihat di dalam camera.

     Berdasarkan teori yang aku jumpa itu, ini berlaku kerana lightroom tidak boleh mengenalpasti setiap setting di dalam model ( nikon ) yang di gunakan. Berlainan dengan software nikon, mereka telah mengenalpasti setiap setting yang ada dalam camera mereka sendiri, seperti setting picture profile dan active d - lighting.

     Jalan penyelesaian yang aku temui adalah jika nak shoot dalam format raw Offkan setting active d-lighting dan gunakan picture profile "standard". Bila aku guna cara ini perbezaannya tidak terlalu ketara. Inilah saja yang aku ingin kongsikan, jika terdapat sebarang pendapat yang lain boleh tinggalkan di ruangan komen ye. Terima kasih,

* Budak Baru Belajar *

Tiada ulasan:

Catat Ulasan