Saya masih lagi bayi di dalam arena menangkap gambar ini, segala tulisan dan info yang terdapat di dalam blog ini adalah 100% berdasarkan pengalaman saya sahaja. " Apa yang saya alami mungkin kalian tidak alami dan apa yang kalian lalui mungkin saya tidak lalui ". Jadi jika terdapat apa - apa info di dalam blog ini yang berlainan dengan apa yang kalian lalui atau kalian ketahui, abaikan saja info itu, manakala jika info di dalam blog ini bersamaan dengan apa yang kalian alami anggaplah ianya satu kebetulan. Jadikanlah blog ini hanya sebagai satu bahan bacaan, jangan kalian mudah percaya dan terikut - ikut :- NIZAM KATO SAN ART

Isnin, 7 April 2014

Apa Yang Ada Di Dalam Beg Saya ???



     Apa Yang Ada Di Dalam Beg Saya ??? 

   
     Sebenarnya aku tak terfikir nak buat entry kali ni, tapi setelah di "tag" oleh guru fotografi saya, rasanya aku kene buat entry ni.

     Berkenaan dengan apa yang ada di dalam beg aku ketika aku keluar " menembak ", di sebabkan aku ni masih junior dalam bidang fotografi ni, maka aku tidak lah membawa banyak peralatan, hanya sedikit sahaja, cukup sekadar keperluan bak kata orang, jadi di bawah ini aku lampirkan perlalatan yang akan ku bawa ketika keluar untuk mengambil gambar ( suka2 ) ...








    1) beg - bukan beg camera, just beg yang aku beli sesuai dengan kehendak aku. sbb bak kata orang, kalau keluar tangkap gambar sorang2 tak elok guna beg camera, kerana menarik perhatian.

    2) silica jel - takut tumbuh fungus, sebab tu letak silica gel

    3) bateri - bateri ni aku bawak sebagai spare jika bateri yang ada dalam camera habis

    4) camera - yang ni confirm la kene ada kan, body + kit lens ( jika nak ambil gambar wide )

    5) lensa 50 mm - lens ni aku bawak untuk sebagai tambahan jika teringin nak ambil potrait sahaja ( tukar dengan kit lens )

    6) perfume - minyak wangi ni saja je bawak hehe

    7) plastik beras - mesti orang pelik kan kenapa aku bawak benda alah ni, sebenarnya aku bawak benda ni kerana kenderaan aku adalah motosikal, dengan cuaca yang tak menentu, jesteru itu selalu kene hujan di tambah pulak beg aku tu bukan kalis air, so bagi mengelakkan my baby kene hujan, aku bawak lah benda ni.


     Jadi inilah, sedikit peralatan yang aku bawak jika aku ingin keluar menembak secara suka2, jika betul2 ada tujuan, aku bawak beg yang lagi 1 ( lebih besar ) dan di tambah dengan beberapa peralatan lain seperti tripod, Sekian ...


* budak baru belajar *





2 ulasan:

  1. Ok..plastik beras tu plg penting...hehe

    BalasPadam
  2. Saya cadangkan cari bag kamera untuk menjaga kamera dslr dan aksesori lain. Ada pelbagai design bag kamera diluar sana sesuai untuk digunakan.

    BalasPadam