Saya masih lagi bayi di dalam arena menangkap gambar ini, segala tulisan dan info yang terdapat di dalam blog ini adalah 100% berdasarkan pengalaman saya sahaja. " Apa yang saya alami mungkin kalian tidak alami dan apa yang kalian lalui mungkin saya tidak lalui ". Jadi jika terdapat apa - apa info di dalam blog ini yang berlainan dengan apa yang kalian lalui atau kalian ketahui, abaikan saja info itu, manakala jika info di dalam blog ini bersamaan dengan apa yang kalian alami anggaplah ianya satu kebetulan. Jadikanlah blog ini hanya sebagai satu bahan bacaan, jangan kalian mudah percaya dan terikut - ikut :- NIZAM KATO SAN ART

Selasa, 29 April 2014

Balik Kampung

   

     Pada 26/4/2014 yang lepas aku telah pulang ke kampung ku di pasir panjang, Selangor untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaraku, dah alang2 pulang ke kampung aku sempat pergi ke sungai nibong dan D'muara sg. haji dorani, di sungai besar. Sempat la aku snap 3 4 keping gambar.

     Sememangnya amat mencabar untuk mengambil gambar matahari terbenam, kerana dynamic range yang amat susah untuk kita kawal, jika kita cerahkan yang background, foreground akan gelap, jika kita cerahkan yang foreground pula, background akan tidak cantik, menurut cikgu fotografi ku Tarmizi Shukri bila berhadapan situasi ini kita boleh menggunakan teknik HDR supaya kita dpt menseimbangkan dynamic range itu, ataupun bak kata abang Azman Ishak kita boleh menggunakan ND filter. sememangnya aku amat kurang pengalaman, tak terlintas di fikiran ku utk buat kedua-dua perkara tu, takpe nexttime kita boleh try, utk kali ni aku buat post - processing je la ... hehe sekian lah ye, enjoy lah gambar2 dari aku yang tak seberapa ni, jika ada apa2 pertanyaan atau kritikan, komen anda di alu-alukan <<<<<<<<<< Budak Baru Belajar


Majlis kahwin saudara ku ...

sg.nibong ( dulu nya ini restoran tp dh terhakis ) 

jeti nelayan di D'muara sg.haji dorani ...


chalet penginapan D'muara sg. haji dorani ( klu time air pasang cantik ) 

" I WAS HERE " ...

kita try low angle plak ( tp mcm senget ) 

saujana mata memandang ... 


1 ulasan: