Saya masih lagi bayi di dalam arena menangkap gambar ini, segala tulisan dan info yang terdapat di dalam blog ini adalah 100% berdasarkan pengalaman saya sahaja. " Apa yang saya alami mungkin kalian tidak alami dan apa yang kalian lalui mungkin saya tidak lalui ". Jadi jika terdapat apa - apa info di dalam blog ini yang berlainan dengan apa yang kalian lalui atau kalian ketahui, abaikan saja info itu, manakala jika info di dalam blog ini bersamaan dengan apa yang kalian alami anggaplah ianya satu kebetulan. Jadikanlah blog ini hanya sebagai satu bahan bacaan, jangan kalian mudah percaya dan terikut - ikut :- NIZAM KATO SAN ART

Isnin, 5 Mei 2014

Bike Nation Supermoto Challenge ( round 1 )



     Pada hari ahad yang lepas ( 4/5/2014 ), aku telah menonton satu perlumbaan supermoto anjuran Bike Nation yang bertempat di litar Speedway plus elite usj di Subang Jaya. Sememangnya aku seorang yang meminati sukan permotoran ( motosikal ), jadi sambil2 aku menonton tu, aku juga telah mengambil kesempatan untuk menge " shoot " sedikit sebanyak pada hari itu. Cuma malangnya aku tak boleh masuk ke dalam trek kerana tidak mempunyai pas. ( kalau tak mesti lagi masyukkkk ) ...

     Dengan cuaca yang kadang - kadang panas terik, kadang - kadang mendung memang agak mencabar untuk mendapatkan exposure seperti yang aku kehendaki ( newbie la katakan ). Tambah pula kedudukan aku yang sempit dan bersesak2 dengan penonton lain menyukarkan lagi untuk aku mendapatkan shot2 yang cantik, apa2 pun dapat lah jugak sedikit sebanyak aku mengambil gambar, walaupun tak seberapa, akhir kata jom kita layan gambar2 yang sempat aku tangkap ... * budak baru belajar *


Bike Nation Supermoto Challenge



masing - masing cuba mendapat laluan yang terbaik
opss opss !! brek brek !! 



walaupun race supermoto, tetapi tetap ada street bike 

Pedrosa malaysia ???









pelumba faveret penonton 

2 pelumba ni memberikan saingan sengit 

antara penonton yang hadir 

slideeeeeee !!!


dorg best dapat dok dalam hehe 

ada jugak yang video ... 



aksi mencecah lutut ...




kemalangan ...

agak teruk kecederaan pelumba ni, sampai terpaksa di usung keluar 

MC yang bertugas ... sempoi ...


2 ulasan:

  1. Tak ajak hahaha...tak pernah lagi shoot lumba motor gini hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe insyaAllah nexttime bang ... abg shoot mesti lagi beshhh ^_^

      Padam