Setiap tahun, Malaysia atau lebih tepat lagi Sepang International Circuit akan menganjurkan perlumbaan MotoGp. Maka pada tarikh 24 - 26 Oktober yang lalu telah berlangsungnya perlumbaan motogp di Malaysia, pada tahun ini pengeluar minyak Shell telah menjadi penaja utama.
* aku kecewa sikit sebab pelumba idola aku dani pedrosa tak dapat naik podium - jatuh 2 KALI *
Seperti tahun - tahun sebelum ini, pelbagai acara telah di adakan sempena perlumbaan motogp di Malaysia, seperti Sic Zoomers, motogp demo run dan sebagainya. Walaupun aku tidak berkesempatan untuk menonton perlumbaan motogp secara "Live" di Sepang, tetapi aku telah pergi menyaksikan acara motogp demo run dan mengunjungi booth atau khemah - khemah barangan yang dibuka di litar sepang.
Motogp demo run telah di adakan pada 22 Oktober di presint 1 putrajaya ( di putra square yang bersebelahan masjid putra ). Sebenarnya demo run ni lebih kepada pelumba motogp menunggang motor dorang mengelilingi sekitar jalan raya ( untuk kali ni sekitar putra square ). Pelumba yang hadir pada acara ini adalah penunggang dari pasukan Drive M7 Aspar yang juga bekas juara motogp 2006 nicky hayden a.k.a the kentucky kids dan beberapa pelumba tempatan iaitu zulfahmi khairudin, hafiz syahrin, azlan shah, afiq azmi, ramdan rosli, dan hafiza rofa.
Manakala pada hari sabtu yang lepas ( 25 Oktober ) aku telah ke litar sepang, bukan untuk tengok ujian masa tapi untuk ke khemah - khemah barangan di sana. Memang banyak khemah dari pelbagai jenama dapat aku lihat, dari pakaian sehinggalah kepada peralatan motorsikal. Aku juga ada melihat zizan rajalawak di khemah Ktm Malaysia, tapi tak sempat nk bergambar.
Cukuplah bebelan aku ini, jom kita layan sedikit sebanyak gambar yang sempat aku tangkap.
 |
pengunjung mula datang |
 |
tempat jualan barangan Sic |
 |
Tambah kapsyen |
 |
keeway yang cuba memasuki pasaran malaysia |
 |
sebahagian penonton di turn 1 |
 |
Pro Only !!! |
 |
sesuai juga untuk kanak - kanak |
 |
one of my idol in racing - Dani Pedrosa |
 |
niat nak beli sehelai dua tapi lari bajet.... sedih |
 |
teka model ap ??? |
 |
Yoshi ... bunyi yang mengegarkan jantung |
 |
barisan untuk sesi autograph |
 |
W T F !!! |
 |
jumpa lagi !!! |