Saya masih lagi bayi di dalam arena menangkap gambar ini, segala tulisan dan info yang terdapat di dalam blog ini adalah 100% berdasarkan pengalaman saya sahaja. " Apa yang saya alami mungkin kalian tidak alami dan apa yang kalian lalui mungkin saya tidak lalui ". Jadi jika terdapat apa - apa info di dalam blog ini yang berlainan dengan apa yang kalian lalui atau kalian ketahui, abaikan saja info itu, manakala jika info di dalam blog ini bersamaan dengan apa yang kalian alami anggaplah ianya satu kebetulan. Jadikanlah blog ini hanya sebagai satu bahan bacaan, jangan kalian mudah percaya dan terikut - ikut :- NIZAM KATO SAN ART

Selasa, 7 Oktober 2014

Pembelajaran a.k.a Ulangkaji

     Untuk entri kali ini sebenarnya aku sendiri tak terfikir nak buat, kerana aku rasa aku belum cukup mahir dan bersedia untuk membuat sebuah tutorial dalam mengambil gambar. Tetapi atas nasihat dan cadangan seorang cikgu fotografi, aku cubakan juga.
    
     Entri kali ini aku anggap lebih kepada berkongsi pendapat bukan tutorial sebenar, kerana aku yakin ramai fotografer di luar sana yang lebih mahir dan lebih berpengalaman mungkin tak bersetuju dengan cara yang aku gunakan. Jadi anggaplah ini hanya sebagai satu bahan bacaan.
     
     Idea gambar yang aku hasilkan ini sebenarnya datang dari seorang abang fotografer dalam sebuah group di facebook, bila melihat dia rajin menangkap gambar dalam segmen still-life ini, ( maaf jika aku silap tulis ) maka aku pun cuba-cuba mengambil gambar dalam segmen ini.

     Props atau peralatan yang aku gunakan sangat simple dan murah ( sebab aku tak suka rumit-rumit ni ). Berikut adalah peralatan yang aku gunakan.

1) sebuah camera (tidak semestinya dslr)
2) tripod
3) 2 helai baju hitam
4) 1 tin
5) handphone ( sebagai subjek )


( maaf gambar tak jelas ) ...

     
     Aku seorang yang belum mahir dalam penggunaan speedlight, maka aku lebih gemar menggunakan available light yang sedia ada. Seperti yang aku pernah baca dalam blog fotografer abang wazari wazir. Kalau cahaya tidak mencukupi dan subjek boleh di gerakkan, maka cari sudut yang boleh memberikan cahaya yang mencukupi.
     
     Mula-mula sekali aku kena cari sudut dan sumber cahaya yang sesuai dengan kehendak aku. Untuk gambar ini aku telah mencuba sudut di tepi pintu dan tepi tingkap tapi aku rasakan cahayanya terlalu kuat, jadi aku hanya gunakan cahaya yang sedia ada di dalam bilik.
     
     Langkah kedua susun peralatan yang di gunakan seperti kedudukan di bawah :-

letakkan tin di atas baju

     
tutup tin tadi dengan baju lagi satu 


     Untuk scene ini aku sandarkan handphone aku pada almari baju. Jika tiada alamari baju, korang semua boleh gunakan peralatan yang kecil (seperti pemadam ) untuk menstabilkan kedudukan subjek.
 
      
letak subjek pada sudut yang di kehendaki

  
     Kemudian letak kedudukan subjek seperti yang dikehendaki, pacak tripod dan kamera pada sudut yang ideal di mata sendiri. Dalam mengambil gambar, aku syorkan gunakan manual fokus kerana bila guna autofokus dalam keadaan begini agar sukar untuk kamera memfokuskan subjek, gunakan iso serendah mungkin ( kita guna tripodkan so slow shutter takde masalah ). Balancekan exposure untuk mendapatkan gambar yang ideal. Untuk gambar ini aku memang sengaja underexposekan gambar kerana ilham aku untuk gambar ini adalah daripada hint gambar-gambar handphone  yang akan di keluarkan @ phone concept. (korg boleh google dan melihat contohnya).


setting betul - betul sebelum mengambil gambar


kelekaq .... dan snap

     
     Setelah dapat gambar dengan exposure yang di inginkan, aku edit sedikit di dalam lightroom. Perkara yang aku edit adalah highlight ( -10 ), black ( -20 ), contrast ( +10 ) . Editing ini bergantung kepada selera masing-masing, untuk aku, aku selesa dengan hasil editing ini. Dah siap .... dan inilah hasilnya - 


     
     Sememangnya hasil daripada gambar ini tidak setanding dengan iklan-iklan pro dari pengeluar-pengeluar smartphone kerana mereka menggunakan peralatan yang cukup dan fotografer mereka juga berlevel pro, tapi sekadar aku ingin mempelajari dan mempraktikan ilmu yang ada, aku rasa ini memadai.
     
     Sekali lagi aku ingatkan, ini hanya sekadar aku berkongsi pengalaman sahaja, lain orang lain seleranya (forografer pro pun kene kritik dalam rancangan photo face-off). Jadi jika cara dan gambar yang aku hasilkan bertentangan dengan pendapat korang, aku mohon maaf.

     Sekianlah saja perkongsian daripada aku. Mungkin di lain kali jika aku ada membuat sesi ulangkaji lagi, aku akan kongsikan di sini. Jika terdapat sebarang cadangan atau kritikan boleh di ajukan di ruangan komen. Sekian terima kasih


* budak baru belajar
* gambar budak-budak tadika
    

5 ulasan:

  1. dah mantap tu. aku pon tak abis lagi belajar still life ni. makin hari makin mencabar... tapi semakin seronok sebab kita boleh lebih kreatif mencipka artwork kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul tu bang, mmg seronok, sbb kita boleh try macam2 dan leh wat ikut artwork kita hehe... Pasni nk try subjek2 lain plak ...

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. mantap sudah tu.. ni dengan gear basic.. kalau full set pasti lebih gempak!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha kadang2 lebih ringkas gear nya lebih senang nak berkarya hehehe

      Padam